Friday, November 25, 2011

Nukilan Ibu Mas: Kempen Alam Sekitar - Cintai Sungai

Nukilan Ibu Mas: Kempen Alam Sekitar - Cintai Sungai: Kerajaan melalui pelbagai sektor khususnya Kementerian Alam Sekitar banyak menghabiskan wang dalam kempen kesedaran bagi memulihara alam s...

Kempen Cintailah Sungai Kita 2000 PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator
Rabu, 09 Julai 2008 13:50

Kempen Cintailah Sungai Kita yang dimulakan pada tahun 1993 bertujuan mewujudkan kesedaran betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu serta bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.

Tanggal 10hb November 2000 adalah hari bersejarah bagi wargakerja Jabatan Pengairan dan Saliran , kerana pada julung kalinya YAB Perdana Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kempen Cintailah Sungai Kita Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.

Ketibaan YAB Pendana Menteri dan isteri disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pertanian Malaysia, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kanan JPS dan lebih 5,000 orang rakyat.

YAB Perdana Menteri serta dif-dif kehormat kemudianya menyusuri Sungai Kedah menaiki Bahtera Perdana dan diiring oleh perbarisan perahu dan kayak dari Tanjung Chali, Alor Star hingga ke pentas khas di Ampang Jajar di mana upacara perasmian diadakan. Upacara telah disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya telah menekankan tentang perlunya bersyukur kepada Allah atas kurniaan alam yang begitu indah seperti ribuan batang sungai yang terdapat di negara ini. Sungai merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dengan baik. "Seperti kita menjaga kekasih kita, kita perlu menjaga sungai supaya ianya sentiasa nampak bersih dan cantik kerana kita cinta kepada sungai." kata YAB Perdana Menteri. Sungai menjadi kotor kerana manusia tidak sayang kepadanya dan menjadikannya tempat pembuangan sampah dan kotoran. Sudah tibalah masanya setiap individu memainkan peranan yang lebih untuk memelihara sungai.

Semasa Majlis Pelancaran ini, YAB Perdana Menteri telah menerima surat akuan sokongan memelihara dan memulihara sungai daripada segenap lapisan rakyat, pihak swasta dan agensi kerajaan. Penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah-sekolah di Negeri Kedah telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri juga telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Sungai Angkat Peringkat Kebangsaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan peringkat negeri iaitu pertandingan fotografi dan halaman indah telah disempurnakan YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan dengan penyampaian cenderahati simbolik sampel-sampel air sungai daripada tujuh (7) kuala sungai di Malaysia oleh YB Meteri Pertanian kepada YAB Perdana Menteri.

Dengarkan lagu Cintailah Sungai Kita

No comments:

Post a Comment