Kerajaan melalui pelbagai sektor khususnya Kementerian Alam Sekitar banyak menghabiskan wang dalam kempen kesedaran bagi memulihara alam sekitar. Setiap kempen, sebagai contoh kempen kitar semula, banyak memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang berjaya mendapat tender menyediakan tong plastik kitar semula, poster bagisekolah-sekolah dan sebagainya.
Begitu juga dengan kempen ‘Cintailah Sungai Anda’. Slogan itu sendiri sudah mahu membuatkan kita muntah, apatah lagi sungainya.
Berapa peratuskah daripada pemuliharaan sebegini dapat menyelamatkan alam sekitar buat generasi akan datang? Apakah yang boleh kita tinggalkan buat generasi selepas ini sebagai warisan?
Seperti yang kita ketahui melalui projek raksasa empangan hidro-elektrik Bakun, pembakaran terbuka berleluasa. Dosa-dosa ini dipertanggungjawabkan oleh Sarawak Hidro Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.
Sejak awal tahun lagi, kerja-kerja menebang dan menerang kawasan seluas 80,000 hektar oleh beberapa kontraktor yang dilantik telah dijalankan. Keluasan tersebut hampir seluas Singapura.
Memandangkan pengisian air akan bermula Oktober ini, maka kerja-kerja menerangkan kawasan tersebut giat dijalankan. Bermula Oktober juga, seluruh kawasan empangan akan dipenuhi air.
Pada Julai 2010, kerja-kerja pengujian transmisi elektrik dari Bakun akan bermula. Air akan mula ditakung dari kawasan Balui yang mana air diperolehi daripada Sungai Murum, Bahau dan Linau.
Pencemaran air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Antara punca-punca pencemaran air ialah:
a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.
b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.
c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya
banjir akan berlaku
Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan sepertihaiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujanke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.
Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang.
umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang
sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.
Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .
No comments:
Post a Comment