Friday, November 25, 2011

Nukilan Ibu Mas: Kempen Alam Sekitar - Cintai Sungai

Nukilan Ibu Mas: Kempen Alam Sekitar - Cintai Sungai: Kerajaan melalui pelbagai sektor khususnya Kementerian Alam Sekitar banyak menghabiskan wang dalam kempen kesedaran bagi memulihara alam s...

Kempen Cintailah Sungai Kita 2000 PDF Cetak E-mel
Ditulis oleh Administrator
Rabu, 09 Julai 2008 13:50

Kempen Cintailah Sungai Kita yang dimulakan pada tahun 1993 bertujuan mewujudkan kesedaran betapa pentingnya sungai dalam kehidupan setiap individu serta bagi menimbulkan keinginan untuk memelihara dan mencintai sungai.

Tanggal 10hb November 2000 adalah hari bersejarah bagi wargakerja Jabatan Pengairan dan Saliran , kerana pada julung kalinya YAB Perdana Menteri dapat meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Kempen Cintailah Sungai Kita Peringkat Kebangsaan Tahun 2000.

Ketibaan YAB Pendana Menteri dan isteri disambut oleh YAB Menteri Besar Kedah, YB Menteri Pertanian Malaysia, Ahli-Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, Pegawai-pegawai Kanan JPS dan lebih 5,000 orang rakyat.

YAB Perdana Menteri serta dif-dif kehormat kemudianya menyusuri Sungai Kedah menaiki Bahtera Perdana dan diiring oleh perbarisan perahu dan kayak dari Tanjung Chali, Alor Star hingga ke pentas khas di Ampang Jajar di mana upacara perasmian diadakan. Upacara telah disiarkan secara langsung oleh Televisyen Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

YAB Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya telah menekankan tentang perlunya bersyukur kepada Allah atas kurniaan alam yang begitu indah seperti ribuan batang sungai yang terdapat di negara ini. Sungai merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya dan perlu dijaga dengan baik. "Seperti kita menjaga kekasih kita, kita perlu menjaga sungai supaya ianya sentiasa nampak bersih dan cantik kerana kita cinta kepada sungai." kata YAB Perdana Menteri. Sungai menjadi kotor kerana manusia tidak sayang kepadanya dan menjadikannya tempat pembuangan sampah dan kotoran. Sudah tibalah masanya setiap individu memainkan peranan yang lebih untuk memelihara sungai.

Semasa Majlis Pelancaran ini, YAB Perdana Menteri telah menerima surat akuan sokongan memelihara dan memulihara sungai daripada segenap lapisan rakyat, pihak swasta dan agensi kerajaan. Penubuhan Kelab Pencinta Sungai di sekolah-sekolah di Negeri Kedah telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri juga telah berkenan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan Sungai Angkat Peringkat Kebangsaan. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan peringkat negeri iaitu pertandingan fotografi dan halaman indah telah disempurnakan YAB Menteri Besar Kedah.

Majlis Pelancaran ini disempurnakan dengan penyampaian cenderahati simbolik sampel-sampel air sungai daripada tujuh (7) kuala sungai di Malaysia oleh YB Meteri Pertanian kepada YAB Perdana Menteri.

Dengarkan lagu Cintailah Sungai Kita

Kempen Alam Sekitar - Cintai Sungai

http://english.cpiasia.net/images/media/sungai-kita.gifKerajaan melalui pelbagai sektor khususnya Kementerian Alam Sekitar banyak menghabiskan wang dalam kempen kesedaran bagi memulihara alam sekitar. Setiap kempen, sebagai contoh kempen kitar semula, banyak memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang berjaya mendapat tender menyediakan tong plastik kitar semula, poster bagisekolah-sekolah dan sebagainya.

Begitu juga dengan kempen ‘Cintailah Sungai Anda’. Slogan itu sendiri sudah mahu membuatkan kita muntah, apatah lagi sungainya.

Berapa peratuskah daripada pemuliharaan sebegini dapat menyelamatkan alam sekitar buat generasi akan datang? Apakah yang boleh kita tinggalkan buat generasi selepas ini sebagai warisan?

Seperti yang kita ketahui melalui projek raksasa empangan hidro-elektrik Bakun, pembakaran terbuka berleluasa. Dosa-dosa ini dipertanggungjawabkan oleh Sarawak Hidro Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.

Sejak awal tahun lagi, kerja-kerja menebang dan menerang kawasan seluas 80,000 hektar oleh beberapa kontraktor yang dilantik telah dijalankan. Keluasan tersebut hampir seluas Singapura.

Memandangkan pengisian air akan bermula Oktober ini, maka kerja-kerja menerangkan kawasan tersebut giat dijalankan. Bermula Oktober juga, seluruh kawasan empangan akan dipenuhi air.

Pada Julai 2010, kerja-kerja pengujian transmisi elektrik dari Bakun akan bermula. Air akan mula ditakung dari kawasan Balui yang mana air diperolehi daripada Sungai Murum, Bahau dan Linau.

Pencemaran air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan.Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.

Antara punca-punca pencemaran air ialah:

a.Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

b.Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah,minyak dan najis oleh sesetengah pihak individu juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran air.

c.Penerokaan juga membantu menyumbang ke arah pencemaran air.Ini adalah kerana,penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan menjadi mendakan.Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai dan seterusnya

banjir akan berlaku

http://htmlimg1.scribdassets.com/2y6gi98uu47f7k/images/3-d4d76a86f7/000.png

Sesetengah bandar dan kampung mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang kala membuang bahan beracun ke dalam sungai.Ini boleh membunuh ikan dan tumbuhan sepertihaiwan air yang lain.Baja dan racun perosak kimia yang digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujanke dalam sungai dan anak sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.

Sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telah membutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pengusaha kilang.

umpamanya,berusaha menjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang

sisa kilang ke dalam sungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran.


Selain itu,kekurangan pengetahuan menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cuba mengelak piawaian keselamatan yang ditetapkan sama ada berhubung keselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar.Pembangunan tidak boleh dipersalahkan sebagai punca kemusnahan alam sekitar.Pembangunan adalah rekaan manusia. Masalah ini harus dipandang serius kerana sungai merupakan sumber air yang paling utama.Kepesatan pembangunan industri,perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena ini berterusan,tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .

Lawatan Ke Planetarium Negara Pada 26 Oktober 2011 bersama Ita & Asmah


Penunjuk arah sebelum anda meneroka & mengalami pengalaman di dalam Planeterium Negara.


Dari kiri..Ibu Mas, Ita & Asmah. Projek lawatan untuk subjek Awal Sains & Pendidikan Awal Kanak-kanak.


Gambar yang di ambil dari tingkat atas sebahagian Galeri Planeterium. Terdapat pelbagai maklumat dan penerokaan yang boleh di dapati sewaktu anda berada di sini . Amat menarik dan sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai sifat semulajadi yang suka meneroka dan membuat ujikaji dan melihat hasilnya.


Sebahagian gambar-gambar Angkasawan Negara iaitu Sheik Muzaffar.


Di dalam awal sains ini ada beberapa nilai murni yang boleh di serap dan didedahkan kepada kanak-kanak pada peringkat awal seperti :-
- Etika positif
- Menghormati alam sekitar
- Kehidupan seimbang
- Mementingkan kemampanan alam sekitar
- Pengekalan kehidupan liar
- Mencintai persekitaran
- Pemeliharaan dan pemulihan eko sistem
- Tanggungjawab individu