Pengenalan
Just think what feelings arise in the soul of
the early childhood educator who realizes:
What I accomplish with this child, I accomplish for the grown-up person
in his twenties. What matters is not so
much a knowledge of abstract educational principles or pedagogical rules. . .
. [W]hat does matter is that a deep
sense of responsibility develops in [the teacher’s heart and mind] and that this affects her or his worldview
and the way she or he stands in life.
—Rudolf Steiner, Education in the
Face of the Present-Day World Situation, Lecture of June 10, 1920
Di dalam teori
dan praktis pendidikan awal kanak-kanak di seluruh dunia, ada pelbagai
pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk memberi pembelajaran yang terbaik
kepada kanak-kanak.Menurut Gregory A.
kimble belajar adalah perubahan kekal
pada tingkah laku apabila dibandingkan setelah berlakunya latihan pengukuhan
(reinforced practice). Dalam proses
pembelajaran dan pengajaran terdapat pelbagai pendapat atau fahaman untuk
menjalankan proses belajar dengan berkesan.
Diantaranya ialah Waldorf, Montessori, Regio Emilia.Cetusan ideology ini dipengaruhi oleh pergolakan
politik,ekonomi, struktur sosiologi masyarakat ketika itu ataupun pengalaman
dan kajian pengasas ideologi tersebut atau pegangan keagamaan.
Para Tenaga
Pendidik Waldorf bekerja dengan kanak-kanak melalui pendekatan terhadap ruang
yang lebih kepada suasana di rumah, selesa, dan cantik, di mana ianya adalah
selamat dan sebarang kejadian adalah yang dijangkakanakan berlaku, berirama dan
sopan. Mereka amat menitik beratkan perkembangan kanak-kanak terhadap dua
kaedah iaitu:Yang pertama, guru akan terlibat secara langsung melalui dalaman,
praktikal, dan aktiviti yang artistik, yang mana kanak-kanak boleh meniru
dengan mudah (seperti, membuat kek, melukis, berkebun, dan kerjatangan),
penyesuaian kerja melalui perubahan musim dan perayaan pada setiap tahun.Yang keduanya,
guru TADIKA Waldorf akan merangsang atau mendidik kanak-kanak untuk
berimaginasi dengan berhati-hati memilih cerita dan menggalakkan permainan
bebas. Setiap apa yang di lakukan oleh kanak-kanak merupakan senario rekaan
mereka sendiri, yang membantu mereka untuk mengutip pengalaman di dalam
kehidupan dengan lebih mendalam. Apabila patung-patung digunakan, ianya adalah
diperbuat daripada bahan semulajadi.Seperti, kayu, kapas, benang bulu, kulit
kerang, batu, kon pine dan objek daripada alam semulajadi yang mana kanak-kanak
telah kumpul dan mencantikkan bilik.Inergrasi sensori, koordinasi mata dan
tangan, menghargai keindahan bahasa, dan kemahiran asas yang perlu sebagai asas
di dalam mempelajari akademik di didik sejak di TADIKA lagi. Melalui kasih saying,
alam semulajadi dan persekitaran yang kreatif, kanak-kanak telah disediakan
dengan aktiviti yang pelbagai sebagai persediaan untuk mereka belajar pada masa
akan dating dan di dalam kehidupan mereka juga.
Bagi tujuan kertas kerja ini,kami
ditugaskan untuk membincangkan pendekatan Waldorf.
Sejarah
Orang yang
bertanggungjawab membawa ideology ini adalah Rudolf Steiner.Beliau dilahirkan
di Austria pada tahun 1861. Bapanya adalah seorang pegawai keretapi ‘railway
master’ di Eastern Austrian Alps In Lower Austria.
Beliau dibesarkan di satu perkampungan yang rata-rata penduduknya petani.Kehidupan
masa kecilnya yang kayadengan Fiona dan flora, pengenalan beliau dengan Felix
Kogutzkidan seorang yang hanya dikenali sebagai “master” telah mempengaruhi
keinginan ingin tahu mengenai spiritual/kerohanian disebalik alam semulajadi.Secara
tidak langsung pengaruh ini telah mengarah Steiner terus mengkaji mengenai
Falsafah Fichte. Pengajian beliau di peringkat tinggi bermula di Vienna
Institute of Technology dalam jurusan mathematik, fizik, kimia, botani,
kesusasteraan dan falsafah.Beliau mendapat Ph.D. dalam Falsafah di Universiti
Rostock 1891 dan terus aktif memberi ceramahdi serata tempat di German.Pada awal abad ke 20
beliau telah membawa perubahan minda dalam dunia pendidikan dan bidanglain
seperti pendidikan khas, botanidengan tercetusnya falsafah “anthroposophi”.
Anthroposophi
Anthroposophi adalah gabungan
perkataan greek bermaksud anthro = “man” manusia dan Sophia= “wisdom” kearifan
.Secara amnya ianya bermaksud penerokaan kemanusiaan dan gabungan pengaruh
semangat dalam kehidupan.Tujuan utama ialah mencungkil pengetahuan baru atau
pengetahuan sebenar berlandaskan kepercayaan semangat tanpa dikaitkan dengan
pengaruh yang kolot. 2 komponen penting
dalam falsafah ini ialah “oneness with the world” penyatuan bersama
dunia dan “search for self” pencarian sendiri.
Dalam komponen pertama, beliau
percaya bahawa kehidupan manusia akan lebih bermakna dan mempunyai erti
sekiranya manusia memahami dan menyedari perkaitan antara diri sendiri dan alam
malah seterusnya bertindak terhadap pendirian ini. Streiner menekankan bahawa didalam konsep pencarian
sendiri adalah pentinguntuk setiap manusia membangunkan kebolehan didalam
pelbagai bidang agar menjadi seorang yang sempurna “wholeness”.Steiner percaya
melalui falsafah yang dibawa manusia dapat menilai betapa pentingnya untuk
menyediakan diri dari segi jasmani, kerohanian dan semangat untuk hidup dan
terus belajar dan berkembang sebagai seorang insan yang sempurna lebih
difahami.Falsafah yang dibawa ini menjadi tunjang kepada pendekatan
pembelajaran Waldorf.
Pendekatan Perkembangan kanak-kanak.
Mirip seperti teori
Jean Piaget, Steiner telah membahagikan perkembangan kanak-kanak kepada 3 tahap
perkembangan.Tempoh setiap tahap adalah lebih kurang tujuh (7) tahun.Berikut
adalah teori pedagogikal pada setiap tahap menurut beliau:-a) Tahap Perkembangan Pertama:Kanak-kanak
yang digolongkan dalam tahap ini berusia 7 tahun kebawah. Pembelajaran bagi kumpulan
ini adalah melalui membangkitkan rasa empati pada kanak-kanak justeru dari itu
pembelajaran yang berkesan dirangsang melalui penglibatan didalam aktiviti
practical yang sebenar dalam pelbagai skop.Tugasan utama guru waldorf di tahap
ini menjadi model yang berfaedah untuk kanak-kanak tersebut.Kanak-kanak ini
diberi peluang untuk berkreatif dan berimaginasi.Konsep “will” kesungguhan di
didik melalui imitative play.Pada peringkat ini kanak-kanak di didik
bahawa semua didunia ini adalah baik belaka.b)Tahap Perkembangan Kedua:Tahap ini melibatkan kanak-kanak diantara
umur 7 hingga 14 tahun. Di peringkat ini
kanak-kanak belajar melalui bahan yang membangkitkan perasaan dan
imaginasi. Pengajaran akedemik
disampaikan melalui penceritaan dan kerja-kerja seni, dengan cara ini pelajar dapat
menghayati secara mendalam subjek yang dipelajari disamping mengintegrasikan
dengan kemahiran lain. Tugas pendidik
ialah menjadikan kanak-kanak tersebut seorang yang akur dan berwibawa melalui
perhubungan yang baik bersama mereka.
Pada peringkat ini kanak-kanak di didik
bahawa semua didunia ini adalah cantik dan menawan. c) Tahap Perkembangan Ketiga, Remaja yang
tergolong dalam tahap ini berusia antara 14 hingga 21 tahun. Mereka telah
bersedia mengabungkan pengetahuan dengan pemikiran yang lebih abstrak.Pada
tahap ini mereka mampu untuk menaakul dan membuat perkaitan sebab dan
musabab dan seterusnya bertanggungjawab
atas keputusan sendiri. Pada peringkat
ini mereka lebih berdikari dan melihat sesuatu perkara lebih realistic.
Mengikut Steiner
penekanan kepada pembelajaran adalah untuk membangunkan kanak-kanak secara
keseluruhan jasmani, jiwa dan semangat.Adalah penting untuk mendidik
kanak-kanak belajar dan berfikir untuk diri sendiri daripada memberi
pengetahuan mengenai sesuatu subjek/mata pelajaran.Beliau percaya pendekatan
pembelajaran berbeza mengikut umur dan tahap perkembangan kanak-kanak.
Pendekatan Pembelajaran Waldorf
The Waldorf early childhood curriculum is designed to
educate the whole child : the head, the heart and the hands” (Easton, 1997).
Pendidikan waldorf merupakandevelopmentally-appropriate
dan experiential approach danmerupakan
child centered. Ianya sangat
menghormati kanak-kanak sebagai kanak-kanak.Dalam pembelajaran ini kanak-kanak
di beri peluang menerokasesuatu subjek mengikut
tahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak tersebut.Mereka diberi masa yang
mencukupi dan persekitaran yang kondusif untuk menyelesaikan tugasan yang di
beri guru. Keputusan dari penerokaan mereka bukan menjadi ukuran kejayaan
tetapi pengalaman dan proses yang dilalui untuk mencapai keputusan adalah dianggap
lebih berharga dan ianya merupakan suatu pembelajaran yang lebih bermakna.
Teknik,
pendekatan dan pedagogi Waldorf berbeza mengikut tahap perkembangan kanak-kanak
yang di bawa oleh steiner. Di peringkat tadika ( 3-6/7 tahun), kanak-kanak di
didik didalam suasana persekitaran seumpama berada di dalam rumah. Malah susun
atur ruang dan perabot adalah mirip rumah.Ini untuk menimbulkan rasa selamat
pada diri kanak-kanak kerana suasana dan perjalanan harian di tadikatidak ubah
seperti hari-hari yang dilaluinya di rumah.Perabot serta mainan kanak-kanak
diperbuat dari alam semula jadi.Beliau sangat peka dengan persekitaran, dari
itu warna-warna dinding dan sekeliling sekolah dititikberatkan.Menurut beliau
warna-warna lembut dapat menenangkan mood kanak-kanak.Manakala diluar tadika di
perkayakan dengan suasana alam sekitar yang sehat seperti sudut berkebun.
Di peringkat ini
guru menjadi model kepada kanak-kanak, mereka belajar melalui peniruan dan
banyak mengunakan fizikal serta sensori dalam penerokaan.Justeru dari itu penampilan
dan sahsiah guru adalah sangat penting kerana setiap perlakuan diperhatikan dan
menjadi ikutan mereka. Guru diberi tanggung jawab untuk mengatur perjalanan pembelajaran
kanak-kanak. Subjek yang diajar antaranya adalah kemahiran diri contohnya
berkebun, menjahit, memasak, membuat kek, pastry dan kemahiran berkaitan
kehidupan rumah seharian.Kanak-kanak Waldorf di didik secara “hands on”
dalam kemahiran tersebut.Sungguhpun mereka bebas untuk memilih aktiviti namun
atas rangsangan dan galakkan guru mengunakan rasa empati yang sedia ada pada
kanak-kanak dapat menarik minat untuk bersama menjalankan aktiviti.Tiada
paksaan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang tetapi mereka akan turut
serta dengan kerelaan hati.
Kesinambungan
dari kemahiran tersebut di mantapkan dengan aktiviti seni dan kreatif.Pelbagai
aktiviti seni dan kreatif dijalankan diperingkat ini untuk merangsang
kanak-kanak dari segi minda dan kemahiran dalam berkreatif. Bercerita “story
telling”, main peranan “imitative play”, main bebas “free play”
bersajak,pertukangan seni adalah antara aktiviti kreatif yang dijalankan. Disamping meningkatkan daya imaginatif
melalui aktiviti tersebut, ianya juga meningkatkan perkembangan bahasa,
perkembangan sosial kanak-kanak dan secara tidak langsung kemahiran
intelektual, fizikal, rohani dan moral serta kecintaan dengan alam
sekitar. Penglibatan kanak-kanak dalam
menjalankan aktivitisecara total adalah
penting kerana menurut Steiner mereka belajar melalui pengalaman yang dilalui “learn
through doing”.
Mengikut Tahap
perkembangan Steiner, kanak-kanak dibahagi kepada 7 tahun setiap tahap, maka
dengan itu didalam kelas Waldorf akan terdapat “mixed age group” umur yang
pelbagai .Banyak kelebihan yang terdapat dalam pendekatan ini antaranya dari
sudut perkembangan sosial, ianya dapat menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri
kanak-kanak yang lebih tua dan seterusnya menaikkan “self esteem” mereka.
Dengan cara ini juga melatih kanak-kanak yang lebih muda menghormati yang lebih
tua. Mereka bersama-sama meneroka persekitaran dengan sikap saling bantu
membantu secara “peer learning” pembelajaran rakan sebaya.
Adakalanya yang
muda membuat pemerhatian dan menyerap pembelajaran dari kanak-kanak yang lebih
tua.Mereka akan menjalankan aktiviti yang dipilih atas kehendak sendiri apabila
mereka telah bersedia melakukan ia itu apabila tiba masa dan keadaan yang
sesuai dengan perkembangannya. Secara tidak langsung kanak-kanak diasuh membuat
penilaian diri sendiri dan belajar mengawal diri dengan pengawasan seorang guru
yang dedikasi.Ianya satu kitaran kerana yang muda akan menjadi tua dan akan
memikul tanggungjawab yang sama terhadap pelajar yang lebih muda. Latihan yang didedahkan seawal usia 3 tahun
adalah satu proses untuk melahirkan seorang insan yang bertanggungjawab dan
mempunyai pendirian sendiri.Pada tahap pertama ini, kanak-kanak tidak
didedahkan kepada pembelajaran akademik mahupun kemahiran IT. Namun begitu
kanak-kanak ini dilengkapkan dengan kesediaan diri secara keseluruhan menerima
pembelajaran akademik dan terus menaiki ke tahap seterusnya dengan berbekalkan
kemahiran dari segi jasmani, rohani, sosialemosi dan kognitif.
Pada peringkat
Kedua, pendekatan pembelajaran yang digunakan lebih abstrak dengan mengunakan
elemen kesenian dan imaginasi.Bidang yang diperkenalkan sangat meluas, antara subjek yang diajar
ialah language arts,sejarah, mythology, pengetahuan am, geografi, geology,
algebra, geometry, mineralogy, biology, astronomy, fizik, kimia dan
pemakanan. Setiap subjek untuk
pembelajaran akan dikaitkan dengan alam semulajadi melalui aktiviti kesenian yang
pelbagai. Pada peringkat ini, seorang guru kelas bertindak sebagai fasilitator
untuk semua subjek utama akan bersama kanak-kanak sehingga beberapa tahun. Pendekatan
sebegini membuat guru tersebut dapatmemerhati dan menilai dalam satu jangka
masa yang panjang perkembangan kanak-kanak tersebut, seterusnya membantu
memperkembangkan potensi kanak-kanak secara individudengan lebih jelas dan
berkesan.Pada peringkat ke tiga, kanak-kanak Waldorf dididik untuk lebih serius
didalam bidang akedemik.Kurrikulum yang distrukturkan, memerlukan kanak-kanak
memahami secara intelektual, membuat keputusan sendiri dan mempunyai etika diri
dan sosial.Pendekatan yang digunakan ialah learning through doing dan pembelajaran rakan sebaya.Dalam semua
peringkat, pembelajaran bertema digunakan. Pada lazimnya tema yang digunakan
berkaitan kitaran musim, perayaan, kebudayaan satu-satu masyarakat atau topic
berkaitan pengetahuan am. Antara contoh
tema ialah hari easter, musim luruh, perayaan cristmas dan sebagainya.
Hasil Pembelajaran Waldorf
Tujuan utama
pembelajaran waldorf ialah membentuk insan yang mempunyai kekuatan intrinsic
yang mendalam terhadap pembelajaran sepanjang hayat tanpa mengetepikan
masyarakat.Pelbagai pendekatan yang dapat dilihat mengarah ke tujuan ini,
antaranya ialah menaikan self esteem
kanak-kanak melalui pengiktirafan setiap aktiviti hands on yang mereka jalankan, menyediakan guruyang berdedikasi
terhadap kanak-kanak dan kerjayanya untuk menjadi role model dan pembelajaran rakan sebaya. Kanak-kanak waldorf
sedari kecil telah didedahkan dengan kelompok kanak-kanak yang pelbagai usia
maka pemupukan ini dapat membentuk insan
yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi seperti menghormati,
mempunyai rasa belas kasihan dan empati terhadap insan lain.
Sedari kecil
kanak-kanak Waldorf diberi kebebasan dalam membuat pilihan. Melalui proses ini
dalam satu tempoh kelak mereka akan memahami akibatbaik atau buruk dari pilihan
mereka. Dengan kata lain mereka dapat menimbang sesuatu perkara secara rasional
sebelum membuat sesuatu keputusan. Hasil dari ini ianya dapat melahirkan
seorang insan yang rasional, yakin dan bertanggungjawab atas keputusan yang
diambil.Sepanjang pengajian di Pusat Waldorf kanak-kanak diasuh dan dididik
menjadi seorang yang kreatif dan berimaginasi tinggi.Ianya dilakukan melalui
pelbagai pendekatan antaranya bermain, kemahiran seni dan kemahiran hidup dalam
pelbagai bidang.Justeru dari itu kanak-kanak hasil dari pembelajaran Waldorf
dilihat sebagai seorang yang serba boleh dalam pelbagai bidang serta mampu
berfikir secara kiritis dan kreatif.
Pembelajaran
Waldorf di susun dari mudah ke susah dan dari maujud ke abstrak. Steiner membawa unsur kerohanian dan
dikaitkan dengan alam, fionadan flora dalam semua aspek pembelajaran. Gabungan
antara kemahiran kesenian dan pemupupan cintakan alam semulajadi dapat
melahirkan insan yang berjiwa seni,menghargai dan menjiwai alam sekitar serta
menghargai kurniaan penciptaNya.Justeru dari itu, hasil dari pembelajaran
waldorf dapat melahirkan seorang insan holistik yang berfikiran kritis dan
kreatif, pencinta alam semulajadi, menghargai
pembelajaran sepanjang hayat serta seorang yang yakin akan tujuan dan objektif
hidupnya. Steiner dalam satu penyataannya mengharap generasi muda,dapat
memperkembangkan kesediaan mereka dari perspektif jiwa, intelek dan kekuatan
dalaman untuk menghadapi cabaran yang mendatang.
Rancangan Mengajar Waldorf.
Didalam
rancangan mengajar Waldorf terdapat 2
konsep yang dikenali “breathing in” dimana kanak-kanak menerima input dari guru
dan “breathing out” kanak-kanak mengeluarkan idea dan perasaan. Di peringkat
tadika Rancangan harian kelas Waldorf bermula dengan kanak-kanak bebas memilih
aktiviti yang mereka minati pada hari tersebut. Ada kanak-kanak yang bermain imitative play
atau free play atau menghabiskan aktiviti tertangguh mereka dan di satu sudut
lain ada yang membantu guru di dapur menyediakan snak untuk hari tersebut. Seterusnya
kanak-kanak akan berhimpun bersama didalam kumpulan besar atau dikenali sebagai
ring time. Pada lazimnya guru
menggunakan lagu atau perkataan sebagai isyarat pertukaran aktiviti. Sewaktu transaksi dari satu aktiviti ke aktiviti lain, guru
berkemas mengatur semula permainan atau perabot seperti sedia kala dengan
berhikmah. Kanak-kanak turut terlibat
bersama-sama menyusun atur kelas mereka.Setelah berkemas dan kelas seperti
sedia kala kanak-kanak berhimpun untuk ring time.
Dalam sesi rutin
ini kanak-kanak beramai-ramai akan menyanyikan lagu yang biasa dinyanyikan atau
menyebut beberapa kata-kata hikmah. Penglibatan
kanak-kanak dalam kumpulan merangsang sosial emosi kanak-kanak tersebut. Mereka
dapat merasakan kepentingan kehadiran mereka dalam kumpulan tersebut dan ini
akan menaikkan harga diri mereka.
Aktiviti yang dijalankan termasuk menyanyi, bersajak dan pergerakan
kreatif.Mereka kemudiannya dibawa keluar untuk meneroka alam semulajadi. Mereka akan menghabiskan masa diluar dengan
meneroka pelbagai kejadian alam disekeliling kawasan sekolah. Semua anggota
deria di rangsang dalam aktiviti luar ini.
Mereka akan kembali ke kelas selepas membersihkan diri. Kelas diteruskan
dengan waktu menikmati snek yang di sediakan awal pagi bersama guru.Secara
rutinnya mereka akanbersama-sama membaca doa sebelum menjamu juadah. Aktiviti
seterusnya sessi bercerita dari guru.
Untuk meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak, kepekaan pendengaran, guru
waldorf tidak mepamirkan buku malah mengolah perkataan untuk meningkatkan
tatabahasa kanak-kanak.Kelas berakhir dengan rutin kanak-kanak bersama guru
mengemas dan menyusun kembali alatan yang telah digunakan.
Berikut Adalah Contoh Jadual Harian Waldorf
Kelas Tadika
Head – Heart – Hands
Breathing in and Out 8.30 am -11.00 am. Enrichment Schedule
–Younger children
Time
|
Detail
|
Remarks
|
9.00
|
Bread Dough Shaping
|
Hands – Breathing in with oneself
|
9.20
|
Circle
Time & Yoga
(Yoga
Animals)
|
Heart – breathing out with the group
|
9.35
|
Nature Walk
|
Hands – breathing out with nature
|
10.00
|
Snack
Time
Bread,
Fruit & Juice
|
|
10.20
|
Story Time
|
Head – breathing and resting
|
10.40
|
Crafts
|
Hands – breathing out with the group
|
Enrichment schedule – Older Children
time
|
detail
|
3.30
|
Arrive – chop ingredients for community soup. Work on knitting squares until everyone
has arrived.
Squares should be 2 inches square and when finished
with one squares it should be put in community basket. When enough squares
are gathered they will be made into blanket and donated to a local shelter or
hospital or given as a gift to a mother in the program who is expecting a
child.
|
3.45
|
Circle Time
|
4.00
|
Zither Lesson
|
4.15
|
Craft / Project
|
4.45
|
Story time / play
|
Hasil Pendidikan Waldorf
v 1/. Jennifer Aniston …..Early life
Fiorello H. LaGuardia High
School, where Aniston trained to be an actress
Jennifer Aniston was born on February 11,
1969, in Sherman
Oaks, Los
Angeles, California[7] to actors John
Aniston and Nancy
Dow. Her
father is Greekand a
native of Crete,
while her mother was born in New
York City. One of her maternal great-grandfathers was an Italian immigrant, and her mother's other ancestry is Scottish, Irish, and
a small amount of Greek. Aniston
has two half-brothers, John Melick, her maternal older half-brother, and Alex
Aniston, her younger paternal half-brother. Aniston's godfather was actor Telly
Savalas, one of her father's best friends.
As a child, Aniston lived in Greece for a
year with her family. They moved to Eddystone, Pennsylvania,
then to New York City. Despite
her father's television career, Aniston was discouraged from watching TV,
though she found ways around the prohibition. When she was six, Aniston began
attending the Rudolf Steiner School, a Waldorf
educational school that applied the Rudolf Steiner philosophy. During
that time, Aniston's father and mother split when she was nine years old.Meanwhile,
after discovering acting at eleven while attending Rudolf Steiner, Aniston enrolled
and graduated at the Manhattan's Fiorello
H. LaGuardia High School of Music & Art and Performing Arts, where
she joined the school's drama society.
v 2/.
v
Name : Kenneth Chenault
v
Occupation : Business Leader
v
Education : Waldorf School, Bowdoin College, Harvard University Law
School
v
Full Name : Kenneth Irvine Chenault
v
3/. Albert Watson (photographer)
Albert Watson (born 1942) is a
Scottish photographer well known for his
fashion, celebrity and art photography, and whose work is featured in galleries
and museums worldwide. He has shot over 200 covers of Vogue around the world
and 40 covers of Rolling Stone magazine since the mid-1970s. Photo District News named Watson one of the 20 most
influential photographers of all time, along with Richard
Avedon and Irving
Penn, among others.[1] Watson has won numerous
honors, including a Lucie Award,[2] a Grammy Award, the Hasselblad Masters Award and three ANDY Awards,.[3] He was awarded The Royal Photographic Society's
Centenary Medal and Honorary Fellowship (HonFRPS) in recognition of a
sustained, significant contribution to the art of photography in 2010.[4]
He was born in Edinburgh, Scotland, the
son of a physical education teacher and a boxer. He grew up in Penicuik, Midlothian, and
attended the Rudolf Steiner School in Edinburgh and Lasswade High School,
followed study at the Duncan of Jordonstone College of Art in Dundee and the Royal College of Art in London.
v 4/. James Shipman
History Department,
Marin Academy
San Rafael, California
[Explanatory Note: The Marin Waldorf School ends at Eighth
Grade. A number of its graduates have gone on to the Marin Academy---not a
Waldorf school---for their secondary education.]
What I like about the Waldorf School is, quite simply, its
graduates. As a high school teacher at Marin Academy, I have seen a number of
students who come from your program, and I can say that in all cases they have
been remarkable, bright, energetic and involved.
v
5/. James Shipman
History Department, Marin Academy
San Rafael, California
[Explanatory Note: The Marin Waldorf School ends at Eighth
Grade. A number of its graduates have gone on to the Marin Academy---not a
Waldorf school---for their secondary education.]
What I like about the Waldorf School is, quite simply, its
graduates. As a high school teacher at Marin Academy, I have seen a number of
students who come from your program, and I can say that in all cases they have
been remarkable, bright, energetic and involved.
Kesimpulan
Pendekatan
Waldorf jika di teliti dan dikaji merupakan sebuah pendekatan yang amat berorientasikan
kanak-kanak.Pendekatan ini juga banyak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperkembangkan perkembangan mereka mengikut keupayaan dan minat kanak-kanak
itu sendiri.Malah melalui pendekatan ini juga kanak-kanak di asuh dan di ajar
mengenai kemahiran hidup secara tidak langsung melalui aktiviti harian di
sekolah mereka bersama guru-guru yang terlatih.
Suasana
persekitaran yang merangsang kemahiran dan minat kanak-kanak amat memainkan
peranan yang penting di dalam memberi ruang kepada kanak-kanak untuk menjadi
diri mereka sendiri dan mengasah bakat-bakat yang boleh diketengahkan seperti
bermain alat muzik, bernyanyi, bercerita, memasak, awal sains, awal matematik
dan sebagainya.Ini bermakna pelbagai pendekatan boleh kita ambil dan implementasi
untuk beri yang terbaik kepada kanak-kanak.
Rujukan ;
5.
note yang sangat jelas ...Tq Mdm Mahsuri my Lecture in City University
ReplyDelete